Friday, November 23, 2007

Data Ahli Tanjung

Bait Tanjung Puteri mempunyai 4 bilik.

1. Bilik Hadapan Berdekatan Pintu.
2. Bilik Hadapan Berdepan Dengan Ruang Tamu.
3. Bilik Belakang Bersebelahan Tandas.
4. Bilik Belakang Berdekatan Ampai.

Ini adalah senarai penghuni bilik Tanjung Puteri sejak beberapa tahun dahulu direkodkan bermula sekitar 1998/1999.

Bilik Hadapan Berdekatan Pintu
1. Hanafi Abdul Hamid
2. Mohd Rosdi Ramli
3. Fauzi (Cipau) - Apa nama betul dia?
4. Qistas Saja @ Mearaj
5. Ridhwan Roslan
6. Azmaan Sha'ari (Wak Reng)
7. Mohd Rasul Amat (BP PMRAM 07/08)
8. Mohd Shahrul Nizam Haris (Zahir)

Bilik Hadapan Berdepan Dengan Ruang Tamu
1. Yohanas Misuan
2. Jufri Ngadinon
3. Fuaize
4. Asmuni Hasbullah
5. Zunnurain Juman
6. Hairi Hamzah
7. Basir Mohammad
8. Mohd Hidayatus Saufi Mohd Khaled

Bilik Belakang Bersebelahan Tandas
1. Halim Sarmin
2. Abdul Kahar Maslan
3. Mohd Fauzi Mastor (Wak Tempe)
4. Mohd Nuruddin Zanki Hamzah
5. Suhaimi Hafidz

Bilik Belakang Berdekatan Ampai
1. Khaled Salikan
2. Yohanas Misuan
3. Azmi Badri
4. Masnur Hamzah (Kang Masnur)
5. Saufi Mustafa
6. Hafiz Noramli Halimi
7. Mohd Shahril Surib
8. Mohd Zaki M.Noor
9. Mahbob bin ?
10.Mohd Haziq Hashim

Monday, November 12, 2007

Selamat Pengantin Baru Untuk Munique

Ahli-Ahli Bait Tanjung Puteri 2007 2008 mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Asmuni Hasbullah yang bakal menamatkan zaman bujangnya Disember 2007 ini, semoga kekal bahagia dari saat pertama ke akhirnya.

Ucapan Khas daripada:
Mohd Zaki M.Noor
Hidayatussaufi
Alzinki dot blogspot
Hairi el hamzah
Nizam Zahir iltizam
Rasul [Cul]
Basir saudak
Haziq Hashim
Suhaimi Hafidz

Juga ucapan dari non-tanjung, taufiq yang bakal ke damanhur, zulhilmi yang bakal ke tanta, dan orang-orang lain.

Saturday, March 24, 2007

Peninggalan Sejarah

Belakang : Jupri, Yohanas, Azam, Khalid dan Halim
Depan : Hanafi, Asmuni dan Rosdie

Goal Keeper : Zaidi (belakang sekali)
Defender : Khalid, Halim, Jupri dan Yohanas
Midfield : Hanafi, Fuaize, Azmi dan Asmuni
Striker : Tengah amik gambar...

Thursday, March 15, 2007

Kenali Tanjung Puteri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......

Hmmm bile sebut jer rumah Tanjung Puteri pastinyer amat dikenali oleh anak-anak johor yang berada di Mesir terutamanya di Kaherah.Mungkin rumah Tanjung Puteri ini lebih dikenali dikalangan pelajarpelajar ikhwah (lelaki) Johor kerana kekerapan tetamu yang tidak pernah jemu untuk berziarah ke rumah kami.Tetamu yang datang bukan sahaja dikalangan anak-anak johor yang berada di Kaherah sahaja malahan mereka-mereka yang berada di muhafazah-muhafazah pun turut datang bertandang.

Selain daripada rumah Tanjung Puteri terdapat juga rumah-rumah sewa lain yang terdiri daripada ahli rumahnya dikalangan anak-anak johor yang berada di Kaherah di antaranya rumah Zahra' Elit,Zahra' 'Ulu,rumah Thamin,rumah Manhal,2 buah rumah dikawasan Musallas Hayyu 'asyir dan tiga buah rumah di kawasan Hayyu Sabie'.

Dikatakan orang-orang senior di rumah ini,rumah Tanjung Puteri ini mula didiami oleh anak-anak johor di Mesir pada tahun 2001 @ 2002.Hmmm kalau nak sebut siapa yang mula-mula duduk kat Rumah Tanjung Puteri ni mungkin agak susah sikit sebab kebanyakan mereka dah balik Malaysia.Haaaaaa mesti nak taukan saper sebenarnyer yang duduk kat rumah Tanjung Puteri nie.Mereka-mereka adlah;

1.Ustaz Asmuni B Hasbullah (Designer Sukej)
2.Ustaz Muhammad Hairi B Hamzah (YDP Johor)
3.Ustaz Ridwan B Roslan (UPB Johor)
4.Ustaz Rasul B Amat (BP PMRAM)
5.Ustaz Shahril B Surib
6.Ustaz Zaki B Md Noor (Editor Sukej)
7.Ustaz Nuruddin Zanki B Hamzah (USR Johor)
8.Ustaz Md. Suhaimi B Ab. Hafidz

Rumah Tanjung juga antara rumah sewa yang paling dekat dengan Rumah Anak Johor di Hayyu Thamin.Bagi ahli-ahli Rumah Tanjung yang ingin ke rumah Johor mereka lebih suka berjalan kaki kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa tidak kurang 15 minit.Rumah Tanjung Puteri juga berhampiran dengan Masjid Al-arqam.

Dari struktur dalaman rumah Tanjung,terdiri daripada 4 buah bilik,2 buah bilik air dan dapur.Rumah ini juga agak besar ruang dalamannya membuatkan kami agak lebih selesa dan seronok tinggal di sini.Mempunyai beberapa kelengkapan yang telah tersedia ada antaranya alamari pakaian dan katil disetiap bilik,pemanas air di bilik mandi,peti ais,oven dan dapur memasak.Tak dinafikan juga banyak kelengkapan-kelengkapan lain sebagai tambahan di beli sendiri oleh ahli-ahli rumah Tanjung.

Bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rumah Tanjung Puteri mahupun ahlinya datanglah ke rumah kami.Hmmmmm tidak termasuk akhawat yer...alzinki...

Thursday, March 08, 2007

Selamat Menjalankan Tugas

Mohd Rasul Bin Amat
Badan Kebajikan Dan Tabung Derma
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Cubaan Menyeludup Masuk

Pak Hairi.. sebagai Tekong Sungai

Ridwan.. sebagai awak2.

Merenung nasib di negara orang..

Turut melakonkan.. Pak Yazid dan Zainan..

Kalau nak cuba2 menyeludup ikut sungai nil.. Just contact diorang..
Housemate bila nak bawak ni oi..

Monday, March 05, 2007

Kenangan Ke Abu 'aalak


Gambar dua senior Tanjung, masa pergi ke Abu 'aalak, cari baju katanya.
Singgah makan isi perut.

Kenangan Masa Raya Haji Akhir 2006


Gambar Selepas Raya Haji pada 31 Disember 2006.
Dalam gambar, walau agak jauh - Ridwan, Asmuni dan Fauzi,
[atau nama glamornya, wek, munik dan wak tempe]

Ada nampak suasana Arab baru pulang dari solat


Di sebelah kanan ini pula, zaki, ridwan dan fauzi.
Tentulah ust Asmuni yang tengah ambil gambar. Gilir-gilir.

Saturday, January 06, 2007

Petikan Berita Dari aljazeera.net 06 Januari 2007

Terjemahan Oleh: Tanjung Puteri

Bush, presiden Amerika, yang terdedah kepada kritikan keras kerana kegagalannya di Iraq menyegerakan pengumumam tentang rancangan barunya dengan melakukan penentuan (pemilihan) askar

Sebilangan tentera Amerika telah gugur bersama beberapa orang yang mati dan mereka yang cedera dalam satu serangan yang ditujukan kepada tentera keselamatan Amerika di selatan Fallujah, sebagaimana 19 orang Iraq telah terbunuh dalam beberapa serangan berasingan. Serangan tersebut terjadi ketika perdana menteri Iraq, Nuuri al-Maalikiy menuduh gerakan Ulamak Islam (dengan tuduhan) menggalakkan (merancakkan) ketegangan sesama jamaah.

Sekumpulan Amerika akan tiba ke kepulauan Sulawesi Indonesia hari ini untuk membantu menghadkan tempat di mana kapal terbang itu meletup pecah yang mana ia telah hilang hari Isnin lepas dengan 102 penumpang berada di atasnya. Beberapa usaha telah gagal hingga kini untuk sampai kepada saki baki bangkai pesawat yang menuju ke arah iklim Sulawesi, datang dari bahagian Timur.

Pihak berkuasa Mauritania telah mengumumkan pembukaan pintu pencalonan bagi pilihanraya Presiden yang ditetapkan pada 11 Mac akan datang, yang mana pilihanraya tersebut merupakan perhentian terakhir dan terpenting dalam silsilah demokratik perpindahan yang disertai oleh negara tersebut selepas pengguguran sistem yang digunakan oleh presiden yang lepas, Mu-'aawiyah walad al-Tooyi'

Pekin telah menuntut Tehran supaya memberikan respon positif terhadap beberapa tuntutan masyarakat dunia berkenaan program nuklearnya. Mas-uul kepada projek nuklear Iran telah menegaskan sebelum beberapa perbualannya dengan Pekin bersama Presiden China, bahawa program nuklear Tehran dikhususkan untuk tujuan-tujuan keselamatan, sepertimana diumumkan oleh Presiden Iran bahawa negaranya akan dapat menghadapi apa-apa tekanan.

Sekurang-kurangnya 48 orang telah mati manakala beribu-ribu lagi merempat (kehilangan tempat tinggal) kesan daripada beberapa kes tanah runtuh selepas berlarutan turunnya hujan lebat minggu lepas di barat Brazil. Pihak berkuasa Brazil berkata, kebanyakan kematian berlaku di daerah Rio De Janero.