Thursday, March 15, 2007

Kenali Tanjung Puteri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......

Hmmm bile sebut jer rumah Tanjung Puteri pastinyer amat dikenali oleh anak-anak johor yang berada di Mesir terutamanya di Kaherah.Mungkin rumah Tanjung Puteri ini lebih dikenali dikalangan pelajarpelajar ikhwah (lelaki) Johor kerana kekerapan tetamu yang tidak pernah jemu untuk berziarah ke rumah kami.Tetamu yang datang bukan sahaja dikalangan anak-anak johor yang berada di Kaherah sahaja malahan mereka-mereka yang berada di muhafazah-muhafazah pun turut datang bertandang.

Selain daripada rumah Tanjung Puteri terdapat juga rumah-rumah sewa lain yang terdiri daripada ahli rumahnya dikalangan anak-anak johor yang berada di Kaherah di antaranya rumah Zahra' Elit,Zahra' 'Ulu,rumah Thamin,rumah Manhal,2 buah rumah dikawasan Musallas Hayyu 'asyir dan tiga buah rumah di kawasan Hayyu Sabie'.

Dikatakan orang-orang senior di rumah ini,rumah Tanjung Puteri ini mula didiami oleh anak-anak johor di Mesir pada tahun 2001 @ 2002.Hmmm kalau nak sebut siapa yang mula-mula duduk kat Rumah Tanjung Puteri ni mungkin agak susah sikit sebab kebanyakan mereka dah balik Malaysia.Haaaaaa mesti nak taukan saper sebenarnyer yang duduk kat rumah Tanjung Puteri nie.Mereka-mereka adlah;

1.Ustaz Asmuni B Hasbullah (Designer Sukej)
2.Ustaz Muhammad Hairi B Hamzah (YDP Johor)
3.Ustaz Ridwan B Roslan (UPB Johor)
4.Ustaz Rasul B Amat (BP PMRAM)
5.Ustaz Shahril B Surib
6.Ustaz Zaki B Md Noor (Editor Sukej)
7.Ustaz Nuruddin Zanki B Hamzah (USR Johor)
8.Ustaz Md. Suhaimi B Ab. Hafidz

Rumah Tanjung juga antara rumah sewa yang paling dekat dengan Rumah Anak Johor di Hayyu Thamin.Bagi ahli-ahli Rumah Tanjung yang ingin ke rumah Johor mereka lebih suka berjalan kaki kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa tidak kurang 15 minit.Rumah Tanjung Puteri juga berhampiran dengan Masjid Al-arqam.

Dari struktur dalaman rumah Tanjung,terdiri daripada 4 buah bilik,2 buah bilik air dan dapur.Rumah ini juga agak besar ruang dalamannya membuatkan kami agak lebih selesa dan seronok tinggal di sini.Mempunyai beberapa kelengkapan yang telah tersedia ada antaranya alamari pakaian dan katil disetiap bilik,pemanas air di bilik mandi,peti ais,oven dan dapur memasak.Tak dinafikan juga banyak kelengkapan-kelengkapan lain sebagai tambahan di beli sendiri oleh ahli-ahli rumah Tanjung.

Bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rumah Tanjung Puteri mahupun ahlinya datanglah ke rumah kami.Hmmmmm tidak termasuk akhawat yer...alzinki...

No comments: